Siri WandaVision Akan Ditayangkan Di Saluran Disney+ Pada Tahun Ini

Di tahun 2020 ini, Marvel Studios hanya menyenaraikan 2 filem sahaja untuk slot tayangan di pawagam, iaitu filem Black Widow dan The Eternals, di samping siri The Falcon and the Winter Soldier di saluran penstriman Disney+. Walau bagaimanapun, terdapat satu pengumuman baharu di Tahun Baharu ini, apabila Disney+ mendedahkan yang siri WandaVision juga akan ditayangkan pada tahun ini!


Ketika mula-mula diumumkan sebelum ini, siri WandaVision disenaraikan untuk tayangan pada tahun 2021. Tetapi merujuk kepada tweet di Twitter rasmi Disney+, kenyataannya adalah seperti di bawah :


BERKAITAN: Beberapa Siri TV Disahkan Untuk Saluran Penstriman Disney+ - Termasuk Vision and Scarlet Witch Dan Falcon and Winter Soldier

Elizabeth Olsen dan Paul Bettany akan menyambung watak mereka dari filem sebagai Wanda Maximoff /Scarlet Witch dan Vision. Dijangkakan yang siri WandaVision akan menjelaskan bagaimana Vision kembali selepas 'kematiannya' di penghujung filem Avengers: Infinity War. Selain mereka berdua, Kat Dennings (watak Darcy dari filem Thor) dan Randall Park (watak ejen FBI Jimmy Woo dari filem Ant-Man and the Wasp) turut akan muncul dalam siri tersebut.

Teyonah Parris turut membintangi siri WandaVision sebagai Monica Rambeau, versi dewasa watak berkenaan yang sebelum ini tampil dalam versi kanak-kanak dalam filem Captain Marvel. Penggambaran siri WandaVision telahpun bermula, tetapi tarikh tepat tayangan pertamanya masih belum didedahkan lagi.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post