Ryan Reynolds Mengesahkan Penghasilan Filem Deadpool 3

Semenjak Disney memuktamadkan pembelian studio 20th Century Fox, telahpun ada spekulasi menyatakan perancangan untuk menghasilkan filem Deadpool 3. Walaupun khabar angin bertiup kencang, masih belum ada maklumat kukuh berkaitan penghasilan filem berkenaan, sehinggalah ditimbulkan semula baru-baru ini.


Ketika siaran ambang Krismas khas di rancangan Live With Kelly and Ryan, pelakon watak Wade Wilson/ Deadpool, iaitu Ryan Reynolds telah mengesahkan yang filem Deadpool 3 sememangnya telah dirancang oleh Marvel Studios, dan pasukan filem berkenaan kini sedang berusaha untuk menghasilkan filem ketiga dalam siri filem Deadpool tersebut.

Memetik kenyataan dari Reynolds, beliau berkata :

"Yeah we're working on it right now with the whole team. We're over at Marvel now, which is like the big leagues all of a sudden. It's kinda crazy. So yeah, we're working on it."

Deadpool merupakan antara watak komik Marvel yang popular, dan dua filemnya yang terdahulu terbitan Fox mencatatkan kutipan yang membanggakan, jadi tidaklah mustahil sekiranya Marvel Studios menjadikan satu keutamaan untuk menghasilkan satu lagi filem Deadpool. Persoalan utama sekarang ini, adalah filem terbaharu Deadpool ini nanti akan kekal dengan penarafan R (menampilkan elemen ganas dan kasar) atau disesuaikan dengan tema Disney yang lebih santai?

Sebenarnya agak sukar membayangkan filem Deadpool tetapi dengan versi yang lebih 'ringan' berbanding dua filem sebelum ini. Sudah tentunya amat sukar bagi Disney sekiranya mereka ingin meneruskan filem Deadpool dengan penarafan R, apatah lagi Disney lebih sinonim dengan dengan penerbitan yang mesra keluarga dan tidak terlalu ganas.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post