Tom Holland Dilaporkan Sedang Dalam Perbincangan Untuk Membuat Penampilan Cameo Dalam Filem Venom 2

Nampak gayanya, ada kemungkinan filem Venom 2 akan menampilkan pertembungan antara watak Eddie Brock/ Venom (lakonan Tom Hardy) dan Peter Parker/ Spider-Man (lakonan Tom Holland, kerana pelakon berkenaan dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk membuat penampilan cameo dalam filem sambungan berkenaan.


Menurut laporan dari dua sumber berasingan (dari GWW dan juga Patreon), Sony dilaporkan sedang dalam perbincangan dengan Tom Holland untuk membuat penampilan cameo dalam filem Venom 2 yang kini sedang diarahkan oleh Andy Serkis. Ianya bukanlah watak utama, namun penampilan Spider-Man dalam filem berkenaan sudah tentunya mengujakan peminat-peminat, dan berkemungkinan untuk penghasilan filem Venom vs. Spider-Man pula.

Walau bagaimanapun, perkara ini masih perlu dianggap sebagai khabar angin sahaja buat masa ini. Penampilan cameo berkenaan (sekiranya benar) sudah pasti akan disimpan rapat sehinggalah filem Venom 2 ditayangkan di pawagam nanti.

Nantikan perkembangan baharu dari kami tentang pengumuman ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post