Trailer Awal Filem Joker Diperlihatkan - Filem Solo Watak Penjahat Ikonik


Selepas pendedahan poster rasmi filem Joker, kini diperlihatkan pula trailer awal filem solo terbaru watak penjahat ikonik dari komik Batman itu. Selepas kali terakhir dimainkan oleh Jared Leto, kini giliran Joaquin Phoenix pula membawakan watak penjahat ikonik tersebut. Saksikan trailer awal filem Joker di bawah :


Filem Joker menampilkan Phoenix yang memainkan watak Arthur Fleck, seorang pelawak solo yang gagal, dan dalam masa yang sama berdepan masalah mental yang merudum, sehingga akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi penjenayah berpenampilan badut di Gotham City. Trailer awal tersebut turut memperlihatkan Phoenix dalam mekap penuh Joker.

Masih awal jika ingin membandingkan gaya Joker oleh Joaquin Phoenix – jika dibandingkan dengan watak Joker lain yang dibawakan oleh pelakon terdahulu seperti Heath Ledger, Jack Nicholson dan Mark Hamill. Manakala watak Joker dimainkan oleh Jared Leto dalam filem Suicide Squad dianggap satu kegagalan oleh para peminat komik. 

Saksikan bagaimana permulaan hidup antara watak penjenayah paling dikenali dari komik ini apabila ditayangkan bermula 4 Oktober 2019. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post