Filem The Conjuring 3 Bakal Ditayangkan Pada 2020


Filem The Conjuring 3 Bakal Ditayangkan Pada 2020

Filem The Conjuring 3 yang dijangka memulakan penggambaran pada musim panas ini, telah dijadualkan untuk tayangan pada 11 September 2020! 

Filem yang memfokuskan kepada kisah pasangan penyiasat aktiviti paranormal, Ed dan Lorraine Warren. Penonton mula diperkenalkan dengan filem ini melalui filem The Conjuring (2013), yang dianggap sebagai filem seram terbaik ketika itu. Filem tersebut juga merupakan asas kepada terhasilnya filem seram lain seperti Annabelle, The Nun, dan The Curse of La Llorona.



James Wan (Aquaman) telah mengarahkan 2 filem terdahulu, tetapi filem The Conjuring 3 akan diarahkan oleh Michael Chaves. Patrick Wilson (Aquaman) dan Vera Farmiga akan kembali menyambung watak mereka dalam 2 filem terdahulu sebagai Ed dan Lorraine Warren. Sinopsis filem The Conjuring 3 masih belum jelas, namun khabarnya ia akan memfokuskan kepada perbicaraan pembunuhan di mana perasukan syaitan akan digunakan sebagai hujah pembelaan, dan kedengarannya seperti kes perbicaraan sebenar Arne Cheyenne Jonshon (atau kes "Devil Made Me Do it").

Siri filem The Conjuring merupakan filem seram yang mendapat sambutan baik di kalangan penonton filem, dan kredit harus diberikan kepada James Wan yang berjaya menampilkan jalan cerita yang baik. Diharapkan apabila Chavez mengambil alih sebagai pengarah filem ketiga, sudah tentunya hasil yang memuaskan adalah diharapkan dari pengarah filem The Curse of La Llorona tersebut.

No comments:

Powered by Blogger.