Sah, Masa Tayangan Filem Avengers: Endgame Mencecah 3 Jam!

Dalam satu temuramah bersama Fandango, pengarah bersama filem Avengers: Endgame, Anthony Russo telah mengesahkan yang masa tayangan filem terbaru Marvel Studios, iaitu Avengers: Endgame akan mencecah 3 jam, sekaligus mengalahkan waktu tayangan filem Avengers: Infinity War yang memakan masa 2 jam 40 minit.Menurut Russo, “We don’t have an official locked runtime yet. Yeah, [but] we are right at about that.” 

Russo turut memberikan gambaran perkembangan terbaru filem Avengers: Endgame yang di peringkat akhir pos-produksi sebelum ditayangkan di pawagam beberapa minggu sahaja lagi.


Memetik kenyataan Russo :

“We are in the very final maybe week and a half, two weeks at most. We are in the finishing stages. We just completed the score for the film. We’re still in the process of doing the full sound mix for the movie. We’re still finishing many visual effects shots. We’re still color timing the film. We are making little picture tweaks here and there, but for the most part, we’re done changing picture. That’s where we’re at".

Filem Avengers: Infinity War yang ditayangkan tahun lepas, menyaksikan watak-watak superhero kegemaran ramai itu berhadapan dengan Thanos, yang berjaya dalam misinya untuk mendapatkan 6 biji Batu Infiniti untuk melengkapkan Infinity Gauntlet dan menghapuskan separuh hidupan di galaksi ini dengan hanya satu petikan jari sahaja, termasuklah Bucky Barnes/Winter Soldier (Sebastian Stan), King T’Challa/Black Panther (Chadwick Boseman), Groot (Vin Diesel), Wanda Maximoff/Scarlet Witch (Elizabeth Olsen), Sam Wilson/Falcon (Anthony Mackie), Mantis (Pom Klementief), Drax (Dave Bautista), Peter Quill/Star-Lord (Chris Pratt), Dr. Stephen Strange (Benedict Cumberbatch), Peter Parker/Spider-Man (Tom Holland), Maria Hill (Cobie Smulders), Hank Pym (Michael Douglas), Hope van Dyne/Wasp (Evangeline Lily), Janet van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Nick Fury (Samuel L. Jackson), walaupun Fury berjaya menghantar isyarat kecemasan kepada Captain Marvel (Brie Larson). 

Filem Avengers: Endgame akan ditayangkan di Malaysia 2 hari lebih awal dari pasaran antarabangsa, iaitu bermula 24 April 2019. Dan tiket-tiket filem berkenaan juga sudahpun mula dijual di pawagam. Cepat dapatkan tiket untuk tak terlepas menjadi antara yang terawal menonton filem Avengers: Endgame!

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post