Monsta telahpun memperlihatkan treler untuk filem terbaharu mereka, iaitu Papa Zola The Movie. Watak sampingan dalam siri BoboiBoy kini mempunyai filem solonya sendiri!

Saksikan treler filem Papa Zola The Movie di bawah:

Untuk rekod, filem Papa Zola The Movie ini mengambil garis masa selepas BoBoiBoy Arc Baraju, yang baharu sahaja tamat tayangan episod 6 pada Sabtu lalu. Menurut pengarahnya Nizam Razak, watak-watak utama yang ditampilkan dalam Papa Zola The Movie adalah watak dewasa, dan merupakan Operatif P.A.P.A., pasukan baharu yang diperkenalkan dalam filem berkenaan.

Selain itu, filem Papa Zola The Movie akan turut memperkenalkan Power Sphera baharu; Cimubot yang mempunyai kuasa simulasi! 

Jangan lupa nantikan filem Papa Zola The Movie, yang dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 11 Disember 2025 nanti!


KOMEN ANDA

Terbaru Lebih lama