Poster Watak-Watak Filem Avengers: Endgame Diperlihatkan!

Tak sampai sebulan pun lagi, filem Avengers: Endgame yang merupakan antara filem yang kami nanti-nantikan tahun ini akan ditayangkan di pawagam. Bagi penonton di Malaysia, kita akan dapat menonton filem Avengers: Endgame bermula 24 April 2019 iaitu 2 hari lebih awal dari tarikh tayangan di luar negara.


Kini, poster watak-watak dari filem Avengers: Endgame telahpun didedahkan! Saksikan gambar-gambar poster watak tersebut di bawah :

...

Dalam filem Avengers: Infinity War yang ditayangkan tahun lepas, pasukan superhero terhebat Bumi itu berhadapan dengan Thanos, yang berjaya dalam misinya untuk mendapatkan 6 biji Batu Infiniti untuk melengkapkan Infinity Gauntlet dan menghapuskan separuh hidupan di galaksi ini dengan hanya satu petikan jari sahaja, termasuklah Bucky Barnes/Winter Soldier (Sebastian Stan), King T’Challa/Black Panther (Chadwick Boseman), Groot (Vin Diesel), Wanda Maximoff/Scarlet Witch (Elizabeth Olsen), Sam Wilson/Falcon (Anthony Mackie), Mantis (Pom Klementief), Drax (Dave Bautista), Peter Quill/Star-Lord (Chris Pratt), Dr. Stephen Strange (Benedict Cumberbatch), Peter Parker/Spider-Man (Tom Holland), Maria Hill (Cobie Smulders), Hank Pym (Michael Douglas), Hope van Dyne/Wasp (Evangeline Lily), Janet van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Nick Fury (Samuel L. Jackson), walaupun Fury berjaya menghantar isyarat kecemasan kepada Captain Marvel (Brie Larson). Dari poster berkenaan, dapat dilihat beberapa maklumat terbaru tentang nasib watak-watak berkenaan selepas petikan jari Thanos. Nampaknya Wong, Happy Hogan dan Valkyrie terselamat, tetapi Shuri kelihatannya bertukar menjadi debu dengan poster wataknya adalah warna kelabu, sepertimana watak-watak lain yang bertukar menjadi debu dalam filem Avengers: Infinity War.

Filem Avengers: Endgame telah dijadualkan untuk tayangan pada 24 April 2019, 2 hari lebih awal dari tayangan di luar negara.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post