SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Wednesday, March 27, 2019

Saksikan Teaser Trailer Filem Ejen Ali The Movie - Bakal Ditayang Penghujung 2019


Saksikan Teaser Trailer Filem Ejen Ali The Movie - Bakal Ditayang Penghujung 2019

Tidak dapat dinafikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini industri animasi tempatan semakin berkembang pesat dan salah satu animasi baru yang pantas mencipta nama adalah Ejen Ali.


Kini, ditampilkan teaser trailer Ejen Ali The Movie, filem berdasarkan siri animasi tersebut. Saksikan teaser trailer Ejen Ali The Movie di bawah :



Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, di majlis tontonan teaser pertama filem Ejen Ali The Movie di Main Atrium, Sunway Velocity Mall, Cheras, Ahad lalu, beliau mensasarkan pulangan RM20 juta daripada tayangan Ejen Ali The Movie bersandarkan populariti animasi berkenaan. 

Menurut Ahmad Izham :

“Dalam keadaan sekarang, kita boleh nampak sambutan terhadap filem tempatan, termasuk animasi BoboiBoy The Movie yang mencecah RM16 juta. Sokongan kaki wayang dan pempamer diharap mampu melonjakkan pulangan terhadap filem yang dijangka dapat memasuki 120 pawagam ini. Anggaran RM20 juta itu adalah untuk pasaran tempatan sahaja. Kita harap populariti animasi yang dipasarkan di 50 negara ini juga mampu menempatkan Ejen Ali The Movie dalam kalendar pawagam luar”.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid.

Dalam pada itu, Usamah mengesahkan komposer Altimet bakal membuat kemunculan khas dalam filem Ejen Ali The Movie apabila bakal menghasilkan lagu tema filem Ejen Ali The Movie.

Dalam masa sama, Primeworks dan Wau Animation turut melancarkan acara Misi: MATA Academy di pusat beli-belah berkenaan berinspirasikan agensi perisikan rahsia daripada siri animasi Ejen Ali itu.

Pengunjung boleh membawa anak masing-masing menyelami dunia risikan secara percuma menerusi beberapa permainan yang dibuka sepanjang cuti sekolah hingga 2 April 2019.

Dengan bajet diperuntukkan kira-kira RM6 juta termasuk kos promosi, filem Ejen Ali The Movie bakal disempurnakan sepenuhnya menjelang September tahun ini.

No comments:

Post a Comment