SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Monday, April 1, 2019

Ezra Miller Dan Grant Morrison Menambahbaik Skrip Filem Solo The Flash?


Ezra Miller Dan Grant Morrison Menambahbaik Skrip Filem Solo The Flash?

Menurut laporan The Hollywood Reporter, Ezra Miller yang memegang watak The Flash dalam filem Justice League telah berbalah pendapat dengan penulis/ pengarah John Francis Daley dan Jonathan Goldstein (Game Night, Spider-Man: Homecoming) berkenaan visi mereka untuk filem The Flash. Pengarah tersebut mahukan jalan cerita yang lebih ringan, manakala Miller pula mahukan jalan cerita yang lebih berat. Untuk menyelesaikan kemelut itu, Warner Bros. telah memilih Miller dan penulis komik Grant Morrison (The Invisibles, JLA, Happy!) untuk menulis semula skrip filem The Flash, walaupun masih belum jelas samada mereka akan mengekalkan jalan cerita Flashpoint atau tidak.


Jika Warner Bros. menyukai penulisan skrip mereka, berkemungkinan Miller akan dikekalkan sebagai pemegang watak The Flash. Jika tidak, maka watak berkenaan akan dipilih semula, sesuatu yang bukanlah asing bagi filem DC, sepertimana nasib Ben Affleck sebagai Batman, Will Smith sebagai Deadshot, dan Henry Cavill sebagai Superman.

Idea di mana pelakon utama melaksanakan tugas penulisan skrip bukanlah sesuatu yang baru di Hollywood. Sebagai contoh, Christopher Reeve merupakan penulis skrip untuk filem Superman IV: The Quest for Peace, Edward Norton bertindak sebagai penulis skrip bersama untuk filem The Incredible Hulk, Paul Rudd juga merupakan penulis skrip bersama untuk filem Ant-Man dan Ant-Man and the Wasp, dan baru-baru ini Ryan Reynolds tulis bertindak selaku penulis skrip bersama untuk filem Deadpool 2.

Filem solo The Flash yang berkait dengan DCEU telahpun dalam pembangunan sejak 2015 lagi. Namun, pengarah yang datang silih berganti dan beberapa perubahan lakon layar menyebabkan filem berkenaan tertangguh dan mengambil masa yang lama untuk dimulakan. Satu ketika, dikhabarkan yang filem solo The Flash akan mengambil tema siri komik Flashpoint. Walau bagaimanapun, siri TV The Flash terbitan The CW telah terlebih dahulu menampilkan jalan cerita Flashpoint, menyebabkan masih belum jelas samada perancangan tersebut akan kekal ataupun tidak.

No comments:

Post a Comment