Superhero bersaiz kecil Marvel kini kembali! Saksikan poster penuh dan trailer penuh pertama filem Ant-Man & The Wasp yang boleh dilihat di bawah.

poster ant-man and the wasp sembangfilem


Paul Rudd kembali membawakan watak Scott Lang dalam filem Ant-Man & The Wasp. Sambungan filem Ant-Man (2015) membawakan kisah seorang bekas banduan yang mempunyai keupayaan untuk mengecil (sekecil semut) tetapi mempunyai kebolehan untuk bercakap dan mengawal semut. Turut kembali adalah Michael Douglas (sebagai Hank Pym) dan Evangeline Lilly (sebagai Hope). Kali ini, Lilly akan turut memainkan watak superheroin The Wasp yang akan berganding bersama-sama Ant-Man.

 

"In the aftermath of 'Captain America: Civil War,' Scott Lang grapples with the consequences of his choices as both a Super Hero and a father. As he struggles to re-balance his home life with his responsibilities as Ant-Man, he's confronted by Hope van Dyne and Dr. Hank Pym with an urgent new mission. Scott must once again put on the suit and learn to fight alongside The Wasp as the team works together to uncover secrets from their past."

Filem Ant-Man sebelum ini mendapat reaksi yang bercampur-campur, walaupun ada diselitkan elemen kelakar dan kekeluargaan. Selain pelakon-pelakon asal, Michelle Pffeiffer turut ditampilkan dalam filem Ant-Man & The Wasp sebagai Janet van Dyne, sebagai The Wasp asal.

Ant-Man & The Wasp akan ditayangkan di pawagam pada 6 Julai 2018.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post