Poster rasmi untuk filem Mission: Impossible – Rogue Nation menetapkan tahap yang tinggi untuk sesebuah filem aksi - dengan menampilkan pelakon Tom Cruise berpaut di luar pesawat yang sedang berlepas. Adakah poster filem terbaru Mission: Impossible - Fallout akan dapat menandingi poster filem terdahulu, ataupun hanya biasa-biasa sahaja?



Poster pertama filem terbaru Mission: Impossible – Fallout telahpun diperlihatkan, dan ianya hanyalah biasa-biasa sahaja. Malah, ianya seakan poster filem James Bond sahaja. Mungkin ini hanya 'teaser' poster sahaja, dan akan ada poster lain yang lebih jelas di masa akan datang?

Dan bukan itu sahaja, jika anda mengikuti Tom Cruise di Instagram, beliau ada memuatnaik teaser trailer pertama filem berkenaan. Juga, hanyalah video biasa-biasa sahaja, namun melihat Ethan Hunt berjalan perlahan-lahan dengan latar muzik klasik Mission: Impossible yang ikonik itu pun sudah cukup untuk kita menantikan trailer penuh yang khabarnya akan ditayangkan pada Ahad ini sempena acara Super Bowl.

A post shared by Tom Cruise (@tomcruise) on

Mission: Impossible – Fallout kembali menampilkan Ethan Hunt (Tom Cruise) dan pasukan IMF (Alec Baldwin, Simon Pegg, Ving Rhames, Rebecca Ferguson, Michelle Monaghan) dalam perlumbaan mengejar masa akibat satu misi yang gagal. Kehadiran Henry Cavill, Angela Bassett, dan Vanessa Kirby menguatkan lagi senarai pelakon filem ini. 

Christopher McQuarrie, yang sebelum ini mengarahkan filem Mission: Impossible Rogue Nation, sekali lagi diberikan tugas mengarahkan filem Mission: Impossible ini. 

 Mission: Impossible – Fallout akan ditayangkan pada 27 Julai 2018.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post