Apabila pengarah Joe Carnahan mengambil keputusan untuk menarik diri dari mengarahkan filem Bad Boys 3 setahun yang lalu, tidak diputuskan apa yang akan berlaku terhadap francais filem berkenaan. Namun kini nampaknya telah ada sinar untuk sambungan filem Bad Boys berkenaan, dan filem Bad Boys 3 - ataupun dikenali dengan tajuk Bad Boys for Life - dikhabarkan telah mempunyai 2 pengarah yang berpotensi untuk mengisi kekosongan kerusi pengarah. 



Dalam perbincangan awal, Sony menyatakan pengarah iaitu Adil El Arbi dan Bilall Fallah, berkemungkinan akan mengarahkan filem tersebut. Kedua-dua pengarah tersebut dilahirkan di Maghribi dan mempelajari filem di Belgium sebelum mengorak langkah ke Amerika Syarikat. 

Filem Bad Boys ketiga telah dalam pembikinan sejak beberapa tahun lalu, dengan pengarahnya bertukar ganti setiap beberapa bulan. Martin Lawrence, salah seorang pelakon utama filem asal Bad Boys (yang turut melibatkan Will Smith) menyatakan yang dirinya tidak menaruh harapan yang penghasilan filem ketiga itu akan terlaksana, walaupun menyatakan masih terbuka sekiranya ada jemputan dari studio berkenaan. 

Bagaimana dengan anda, teruja sekiranya filem ketiga ini dihasilkan? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post