Filem Ant-Man telah menempuh beberapa kesukaran sepanjang proses memindahkannya daripada muka komik ke layar perak, walaupun telah dimaklumkan sejak 2006 lagi. Dengan penarikan diri pengarahnya, Edgar Wright dan digantikan oleh Peyton Reed, terpaksa kehilangan pelakon utama, dan skrip yang terpaksa dipinda beberapa kali. Hari ini, Peyton Reed secara rasminya mengumumkan di Twitter yang filem Ant-Man telahpun memulakan penggambaran pertamanya.



Dianugerahkan keupayaan untuk menjadi kecil tetapi dengan kekuatan luar biasa, seorang pencuri, Scott Lang (Paul Rudd) perlu bertindak sebagai hero dan membantu mentornya, Dr. Hank Pym (Michael Douglas) untuk melindungi rahsia di sebalik sut Ant-Man daripada pengganas.

Turut dibintangi oleh Evangeline Lilly, Corey Stoll dan David Dastmalchian, Ant-Man dijadualkan untuk tayangan pada 17 Julai 2015.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post