The Hollywood Reporter melaporkan pengarah Fredrik Bond telah dipilih untuk mengarahkan filem London Has Fallen, iaitu sambungan kepada filem hit tahun lepas, Olympus Has Fallen.

Pelakon utamanya, Gerard Butler akan kembali dalam filem terbaru ini, yang berlatarkan London, di mana Perdana Menteri British telah meninggal dunia secara misteri. Pengebumiannya menarik kehadiran pemimpin-pemimpin dunia Barat. Tetapi apa yang mulanya menjadi suatu majlis paling dikawal ketat di dunia, bertukar menjadi plot merbahaya untuk membunuh pemimpin dunia paling berpengaruh.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post