The Imperial Forces akan mendapat rupa baru dalam filem Star Wars: Episode VII arahan J.J. Abrams, melihatkan kepada gambar yang ditunjukkan oleh Indie Revolver. Menurut mereka, gambar yang ditunjukkan ini adalah rekabentuk baru helmet Stormtroopers untuk dipaparkan dalam filem yang akan ditayangkan pada 18 Disember 2015 berkenaan. Apa pandangan anda dengan rekabentuk helmet berkenaan?


Sepertimana rekabentuk baru X-Wing sebelum ini, Episode VII ini nampaknya turut meminjam konsep daripada trilogi asal yang dihasilkan oleh Ralph McQuarrie and Joe Johnston.

Harrison Ford, Carrie Fisher, Mark Hamill, Anthony Daniels, Peter Mayhew, Kenny Baker, John Boyega, Daisy Ridley, Adam Driver, Oscar Isaac, Andy Serkis, Domhnall Gleeson, Max von Sydow, Lupita Nyong’o, Gwendoline Christie, Christina Chong, Crystal Clarke dan Pip Anderson disenaraikan untuk tampil di dalam filem terbaru yang dinanti-nantikan ini.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post