Jungle Book: Origins, filem arahan Andy Serkis (Gollum, King Kong) telah menyenaraikan beberapa nama besar Hollywood seperti Christian Bale (Batman), Cate Blanchett (Galadriel dalam Lord of the Rings) serta beberapa orang lagi untuk memberikan suara kepada watak-watak di dalam filem berkenaan.

Menurut The Hollywood Reporter, Bale akan meminjamkan suara untuk watak harimau kumbang Bagheera, manakala Blanchett (The Lord of the Rings) pula akan meminjamkan suara untuk watak ular sawa Kaa.


Maklumat baru bagi filem Jungle Book: Origins ini merupakan penambahan selepas Benedict Cumberbatch (Star Trek), yang meminjamkan suara untuk watak Shere Khan. Manakala Serkis pula yang membuat penampilan sulung untuk pengarahan akan memberikan suara untuk watak beruang, Baloo.

Filem terbitan Warner ini akan bersaing dengan satu lagi versi filem Jungle Book yang akan diterbitkan oleh Disney, dan diarahkan oleh pengarah Iron Man, Jon Favreau.

Filem Jungle Book: Origins ini dijadualkan untuk tayangan pada 21 Oktober 2016.


Sumber dari IGN Movies

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post