Selepas siri TV Arrow yang berlatarkan watak superhero DC Comics, Green Arrow menjadi hit, kini satu lagi siri TV berkaitan superhero iaitu The Flash pula akan ke layar TV. Video di bawah adalah versi extended trailer kepada siri TV The Flash, berdasarkan watak Barry Allen yang dipaparkan dalam episod Arrow musim kedua.


Barry Allen, a.k.a The Flash, yang muncul dalam 2 episod Arrow musim kedua sebelum ini, akan kembali dilakonkan oleh Grant Gustin. The Flash akan ditayangkan pada bulan Oktober ini. Dengan Arrow pun dah habis season kedua, tentunya kami tak sabar menantikan tarikh tayangannya. Daripada trailer tersebut juga ada kelihatan mungkin, watak Reverse-Flash? Kalau betullah seperti dijangka, memang whoa!


Di atas ni pula adalah rupa The Flash dalam kostumnya untuk siri TV nanti. Nampak cool juga walaupun warnanya agak berlainan daripada siri komiknya.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post