[KLIPS] Review Filem X-Men: Days Of Future Past (2014)


Sekali lagi kami dapat menonton Premiere Screening kali ini untuk filem X-Men: Days of Future Past di TGV Cinemas, One Utama pada 20 Mei 2014, lebih awal daripada orang lain. Terima kasih kepada KLIPS kerana beri peluang kepada kami untuk menonton lebih awal.


Ini adalah filem sambungan yang menggabungkan kedua-dua jalan cerita dari trilogi terakhir, X-Men: The Last Stand, dan X-Men: First Class. Karakter X-Men dari filem trilogi bergabung tenaga dengan wataknya semasa muda dari filem X-Men: First Class dalam satu pertarungan untuk mengubah masa silam demi menyelamatkan masa hadapan. X-Men menghantar Logan/ Wolverine (Hugh Jackman) ke tahun 1973 adalah sebagai usaha yang terdesak untuk menyekat Mystique/ Raven (Jennifer Lawrence) dari membunuh seorang saintis militari, Bolivar Trask (Peter Dinklage), seterusnya mengubah sejarah dan menyaksikan pertembungan yang dahsyat antara manusia dan mutant.


Penceritaan filem X-Men: Days of Future Past bermula pada tahun 2023 di mana mutant diburu dan dibunuh oleh Sentinels, robot yang dicipta oleh Bolivar Trask. Sentinels ini berkeupayaan untuk menyerap tenaga dan menyerupai mutan yang berlawan dengannya. Semasa di Moscow Warpath (Booboo Stewart), Blink (Bingbing Fan), Colossus (Daniel Cudmore), Sunspot (Adan Canto) dan Iceman (Shawn Ashmore) dibunuh oleh Sentinels tetapi telah diselamatkan oleh Bishop (Omar Sy) dan Shadowcat (Ellen Page) dan kembali ke masa sebelumnya.


Professor X (Patrick Stewart), Magneto (Ian McKellen), Wolverine dan Storm (Halle Berry) menjumpai baki mutant yang tinggal di Mongolia di mana tempat mereka bersembunyi dan mereka merancang untuk menghantar Professor X kembali ke tahun 1973. Bagaimanapun Wolverine tampil secara sukarela untuk pergi ke masa silam kerana kuasa regenerative beliau. Wolverine dihantar 50 tahun kebelakang oleh Shadowcat dan perlu menyatukan Charles Xavier (James McAvoy) dan Erik Lehnsherr/ Magneto (Michael Fassbender), meyakinkan mereka untuk membantu mengelakkan kemusnahan di masa akan datang.

Logan berjumpa Charles di Xavier’s School for Gifted Children iaitu sekolah mutant yang sudah ditutup selepas Charles dan Erik berpecah (rujuk filem X-Men: First Class) dan berjaya meyakinkan Charles dia datang dari 50 tahun akan datang untuk melepaskan Erik dari penjara di Pentagon yang dituduh terlibat dalam pembunuhan Presiden John F. Kennedy.


Dengan bantuan Peter Maximoff/ Quiksilver (Evan Peters) dan Beast/ Hank McCoy (Nicholas Hoult) mereka dapat melepaskan Erik dari penjara. Seterusnya mereka bergegas ke Paris untuk menjejaki Mystique serta menghalang dan menyelamatkannya dari ditangkap oleh pihak Trask kerana DNA Mystique akan digunakan dalam penyelidikan dan pembinaan Sentinels.

Dapatkah mereka menghentikan Mystique dari membunuh saintis tersebut dan dapatkah Logan menyatukan Charles dan Erik dan seterusnya menghentikan peperangan antara manusia dan mutant? Saksikan filem X-Men: Days of Future Past di pawagam yang berdekatan bermula 22 Mei 2014.

Sedikit trivia :

1. Sentinels pada 2023 menyerupai The Destroyer dalam filem Thor.

2. filem X-Men: Days of Future Past sesuai untuk peminat time travel kerana pemahaman time travel mengikut logik pemikiran masing-masing.

3. Usaha pihak Marvel untuk menghidupkan semula watak-watak X-Men yang sudah mati di penghujung filem X-Men: Days of Future Past.

Untuk filem X-Men: Days of Future Past ini, kami bagi 7.5 bintang daripada 10.


review oleh @ruzaimee

No comments:

Powered by Blogger.