Tajuk Rasmi Sambungan Man Of Steel Diumumkan : Bertajuk Batman V Superman: Dawn Of Justice


Warner Bros. secara rasminya telah mengumumkan tajuk yang akan digunakan untuk sambungan filem Man Of Steel. Filem yang sebelum ini hanya menggunakan tajuk Batman vs Superman akan menggunakan tajuk Batman V Superman: Dawn of Justice.



Dan logo pertama filem ini juga diperlihatkan secara rasmi, sejak daripada pengumuman penghasilan filem ini pada Comic-Con tahun lepas.

Henry Cavill dan Ben Affleck membintangi filem ini sebagai Clark Kent/Superman dan Bruce Wayne/Batman. Menurut siaran media yang dikeluarkan, Gal Gadot turut membintangi filem ini sebagai Diana Prince/Wonder Woman, manakala Amy Adams, Laurence Fishburne, dan Diane Lane kembali membawakan watak mereka dalam filem Man Of Steel. Warners turut mengesahkan yang Jesse Eisenberg akan melakonkan watak Lex Luthor.

Nampaknya dengan tajuk Dawn of Justice ini, Warnes Bros. memang dalam ke arah untuk menghasilkan filem Justice League, pasukan superhero terkenal DC Comics sepertimana The Avengers dari Marvel Comics.

No comments:

Powered by Blogger.