Walaupun kami tak berapa kenal dengan watak dari komik Guardians Of The Galaxy oleh Marvel, di sini kami kongsikan poster terbaru filem superhero terkini daripada Marvel Studios, iaitu Guardians Of The Galaxy. Poster-poster di bawah menampilkan 3 daripada watak utamanya iaitu Peter Quill a.k.a Star Lord, Gamora dan juga Drax the Destroyer.
Memang banyak kelainannya filem ini nanti. Manakan tidak, seorang yang separuh manusia separuh alien, pokok yang boleh bercakap, dan raccoon yang gemarkan pistol dalam satu team superhero. Tak sabar kami nak menantikan hasilnya nanti.






Filem superhero yang lain daripada yang lain ini bakal menampilkan Chris Pratt selaku Star Lord, Zoe Saldana (Gamora), ahli gusti Dave Bautista (Drax the Destroyer), serta Bradley Cooper (suara kepada Rocket Raccoon) dan Vin Diesel (suara kepada Groot).
Filem superhero unik ini bakal menemui penonton di pawagam Ogos 2014 ini nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post