Saksikan Cable Dalam Trailer Filem Deadpool 2!



Setelah menantikan Josh Brolin merealisasikan watak Cable di layar perak, trailer terbaru filem Deadpool 2 telahpun diperlihatkan, yang sudah tentunya menantikan watak berkenaan. Sebelum ini kami pernah berkongsikan dengan anda gambar promosi terbaru filem Deadpool yang menampilkan watak Cable.

Saksikan trailer filem Deadpool 2 di bawah : 


Ryan Reynolds kembali membawakan wataknya sebagai the Merc with a Mouth/ Deadpool di samping Zazie Beetz sebagai mutant Domino dan Josh Brolin sebagai Cable, seorang mutant dari masa hadapan yang merupakan kepada anak ahli X-Men iaitu Cyclops. Jack Kesy (The Strain, Baywatch) dikhabarkan akan membawakan watak penjahat utama filem ini, yang walaupun masih belum disahkan wataknya, tetapi dikhabarkan watak mutant bernama Black Tom Cassidy. 

Pelakon-pelakon filem pertama Deadpool yang kembali untuk filem ini termasuklah Leslie Uggams sebagai Blind Al, Morena Baccarin sebagai Vanessa, Brianna Hildebrand sebagai Negasonic Teenage Warhead, dan Stefan Kapicic yang memberikan suara kepada watak Colossus.

Filem Deadpool 2 akan ditayangkan di pawagam pada 18 Mei 2018. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post