Poster Pertama Filem Venom Didedahkan, Trailer Menyusul!


Poster Pertama Filem Venom Didedahkan, Trailer Menyusul!

Sony Pictures baru sahaja mendedahkan poster rasmi pertama filem Venom dan menyatakan yang trailer pertamanya akan menyusul tidak lama lagi. Saksikan poster filem Venom di bawah :



Tom Hardy membawakan watak Eddie Brock, iaitu perumah untuk symbiote Venom. Turut muncul dalam filem itu ialah Michelle Williams (The Greatest Showman), Riz Ahmed (Rogue One: A Star Wars Story), Jenny Slate (Zootopia) dan Woody Harrelson (The Hunger Games, True Detective).

Venom digarap sendiri oleh Sony sendiri, dan bukannya salah satu yang tersenarai dalam Marvel Cinematic Universe, di mana Sony membenarkan watak Spider-Man muncul (dimainkan oleh Tom Holland). 

FIlem ini diarahkan oleh Ruben Fleischer (Zombieland, Gangster Squad) dan ditulis oleh Scott Rosenberg (Pain & Gain, Jumanji) dan Jeff Pinkner (The Amazing Spider-Man 2). 

Mulanya muncul sebagai salah satu kostum alien  yang dipakai oleh Spider-Man dalam komik The Amazing Spider-Man #252 pada 1984, namun beberapa tahun kemudian ianya beralih pula kepada jurugambar Eddie Brock, mewujudkan watak antihero dikenali sebagai Venom

Filem Venom telah dijadualkan untuk tayangan pada 5 Oktober 2018.

No comments:

Powered by Blogger.