Lara Croft Beraksi Dalam Trailer Dan Poster Baru Filem Tomb Raider


Lara Croft Beraksi Dalam Trailer Dan Poster Baru Filem Tomb Raider

Warner Bros. Pictures dan Metro-Goldwyn-Mayer Pictures telah memperlihatkan poster baru filem Tomb Raider menampilkan heroin baru yang akan membawakan watak Lara Croft (selepas Angelina Jolie) iaitu Alicia Vikander. Poster berkenaan boleh dilihat di bawah :



Sedikit sinopsis berkaitan filem terbaru ini "

"Lara Croft (Alicia Vikander) is the fiercely independent daughter of an eccentric adventurer who vanished when she was scarcely a teen. Now a young woman of 21 without any real focus or purpose, Lara navigates the chaotic streets of trendy East London as a bike courier, barely making the rent, and takes college courses, rarely making it to class. Determined to forge her own path, she refuses to take the reins of her father’s global empire just as staunchly as she rejects the idea that he’s truly gone. Advised to face the facts and move forward after seven years without him, even Lara can’t understand what drives her to finally solve the puzzle of his mysterious death."

Terdahulu, trailer filem Tomb Raider telahpun boleh dilihat oleh peminat filem, kami tampilkan trailer berkenaan di bawah :


Mula diterbitkan pada 1996 oleh syarikat permainan video Eidos, Tomb Raider menjadi permainan video paling berjaya dalam sejarah. Reboot kepada francais permainan video tersebut, yang menceritakan latar belakang Lara Croft, telah dipasarkan pada 2013 dan terjual lebih daripada 5 juta unit. Permainan video terbaru, bertajuk Rise of the Tomb Raider, telah dipasarkan pada 2015 dan kini boleh dimainkan di Xbox One, Xbox 360, PlayStation 4 dan komputer peribadi.

Bakal ditayangkan di pawagam pada 16 Mac 2018, filem Tomb Raider turut dibintangi oleh Dominic West (Money Monster, 300), Walton Goggins (The Hateful Eight, Django Unchained) dan Daniel Wu (Into the Badlands). Filem ini diarahkan oleh Roar Uthaug (The Wave).

No comments:

Powered by Blogger.