Trailer Istimewa Avengers: Endgame Diperlihatkan - Dengan Beberapa Sedutan Terbaru Dari Filem!


Hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum tayangan rasmi filem yang paling kami nanti-nantikan tahun ini, iaitu Avengers: Endgame. Trailer demi trailer didedahkan, dan bahan-bahan promosi terbaru diperlihatkan untuk membina keterujaan peminat filem terhadap filem terbaru Marvel Studios ini yang akan menyambung jalan cerita dari filem Avengers: Infinity War tahun lepas. Kini, Marvel Studios memperlihatkan pula trailer istimewa yang dikenali sebagai Avengers: Endgame - Special Look yang memperlihatkan beberapa sedutan terbaru dari filem tersebut, termasuklah gambaran sut terbaru Iron Man, iaitu Mark 85 yang amat hampir menyerupai warna asal sut perisai dari komik Iron Man. Saksikan trailer istimewa itu di bawah : 


Filem Avengers: Infinity War yang ditayangkan tahun lepas, menyaksikan watak-watak superhero kegemaran ramai itu berhadapan dengan Thanos, yang berjaya dalam misinya untuk mendapatkan 6 biji Batu Infiniti untuk melengkapkan Infinity Gauntlet dan menghapuskan separuh hidupan di galaksi ini dengan hanya satu petikan jari sahaja, termasuklah Bucky Barnes/Winter Soldier (Sebastian Stan), King T’Challa/Black Panther (Chadwick Boseman), Groot (Vin Diesel), Wanda Maximoff/Scarlet Witch (Elizabeth Olsen), Sam Wilson/Falcon (Anthony Mackie), Mantis (Pom Klementief), Drax (Dave Bautista), Peter Quill/Star-Lord (Chris Pratt), Dr. Stephen Strange (Benedict Cumberbatch), Peter Parker/Spider-Man (Tom Holland), Maria Hill (Cobie Smulders), Hank Pym (Michael Douglas), Hope van Dyne/Wasp (Evangeline Lily), Janet van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Nick Fury (Samuel L. Jackson), walaupun Fury berjaya menghantar isyarat kecemasan kepada Captain Marvel (Brie Larson). 

Filem Avengers: Endgame akan ditayangkan di Malaysia 2 hari lebih awal dari pasaran antarabangsa, iaitu bermula 24 April 2019. Dan tiket-tiket filem berkenaan juga sudahpun mula dijual di pawagam. Cepat dapatkan tiket untuk tak terlepas menjadi antara yang terawal menonton filem Avengers: Endgame!

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post