Siapakah Pelakon Terbaharu Yang Diumumkan Untuk Tampil Dalam Filem Mission: Impossible 7?

The Hollywood Reporter (THR) melaporkan yang filem terbaharu Mission: Impossible telah menyenaraikan seorang lagi pelakon untuk membintangi francais filem terkenal tersebut. THR telah melaporkan yang pelakon Nicholas Hoult (yang pernah membintangi filem Mad Max: Fury Road, X-Men, dan Tolkien) telah menandatangani kontrak untuk muncul dalam francais filem Tom Cruise yang terkenal itu.


BERKAITAN: Siapa Pengarah Yang Akan Mengarahkan Dua Lagi Filem Mission Impossible 7 Dan 8?

Pengarah filem Christopher McQuarrie (yang mengarahkan 2 filem Mission: Impossible sebelum ini iaitu Rogue Nation dan Fallout) dan kini dalam proses menghasilkan 2 lagi sambungan filem Mission: Impossible, telah mengumumkan berita tersebut melalui laman Instagram miliknya.

BERKAITAN: Siapakah Pelakon Pertama Yang Mengesahkan Akan Kembali Untuk Filem Mission: Impossible 7?

Selain Tom Cruise, Pom Klementieff (Guardians of the Galaxy Vol. 2), Shea Whigham (Joker), dan Haley Atwell (Avengers: Endgame), filem terbaharu Mission: Impossible itu akan menampilkan semula "muka-muka wajib" filem Mission: Impossible seperti Rebecca Ferguson (Doctor Sleep), Simon Pegg (Ready Player One) dan Ving Rhames (Pulp Fiction).

Francais Mission: Impossible mempunyai sejarah hampir 25 tahun dan dengan 6 buah filem, dengan tarikan utamanya adalah aksi lagak ngeri yang semakin mendebarkan di setiap filem sambungannya. Filem terbaharunya, iaitu Mission Impossible: Fallout, mencatatkan kutipan lebih USD790 juta di seluruh dunia.

Studio penerbitan Paramount telah menetap tarikh tayangan filem ke-7 Mission: Impossible nanti adalah pada 23 Julai 2021, manakala filem ke-8 ditetapkan untuk tayangan pada 5 Ogos 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post