Filem Ip Man 4: The Finale Memecahkan Rekod Kutipan Box Office Ip Man 3

Ketika filem Ip Man yang pertama ditayangkan di pawagam Malaysia, kami antara orang terawal yang menontonnya di pawagam. Ketika itu, promosi filem berkenaan tidaklah terlalu besar, malahan kami juga sekadar gamble sahaja menonton tanpa mengetahui kualiti filemnya. Apa yang menarik kami ketika itu adalah kisah berkenaan mengenai watak Ip Man, iaitu mahaguru kepada Bruce Lee.


Kini, impak filem pertama Ip Man berkenaan telah menghasilkan 3 buah filem, dan kini, filem Ip Man 4 dan filem terakhirnya, iaitu Ip Man 4: The Finale telah menjadi filem China yang mencatatkan kutipan tertinggi di Malaysia, memecahkan rekod kutipan sebanyak RM30.3 juta (setakat 3 Januari 2020). Pengumuman berkenaan diumumkan sendiri oleh pengedar filem berkenaan di Malaysia, iaitu RAM Entertainment.

Kutipan filem Ip Man 4: The Finale itu sekaligus memadam rekod kutipan satu lagi filem Ip Man, iaitu Ip Man 3, yang mencatatkan rekod kutipan box office sebanyak RM30 juta.

Ini merupakan penampilan terakhir Donnie Yen dalam membawakan watak mahaguru kung fu dari aliran Wing Chun berkenaan. Diarahkan oleh Wilson Yip, filem Ip Man 4: The Finale mengisahkan  Ip Man yang mengembara ke San Francisco, Amerika Syarikat untuk melawat sekolah Wing Chun yang dibuka oleh anak muridnya. Walau bagaimanapun, lawatan berkenaan telah mendatang konflik terhadap komuniti seni mempertahankan diri di sana.

Filem Ip Man 4: The Finale masih ditayangkan di pawagam pada ketika ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post