Pengarah Filem Doctor Strange In The Multiverse Of Madness Ditukar Kerana Tidak Sependapat Dengan Marvel Studios

Pada tahun 2016, pengarah Scott Derrickson telah memperkenalkan dunia mistik dari panel komik Doctor Strange ke MCU, dan membuka dimensi baru penceritaan dunia filem Marvel. Walaupun sebelum ini telah diumumkan yang beliau akan kembali semula ke kerusi pengarah untuk mengarahkan filem kedua Doctor Strange, diberi tajuk Doctor Strange in the Multiverse of Madness, nampaknya ianya kini hanya tinggal sejarah.


BERKAITAN: Scott Derrickson Kembali Ke Kerusi Pengarah Untuk Filem Doctor Strange 2

Variety melaporkan yang Derrickson dan Marvel telah "tidak sependapat" untuk jalan cerita filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, dan beliau kini bukan lagi pengarah filem sambungan Doctor Strange itu. Walaupun begitu, beliau akan kekali bertindak sebagai penerbit eksekutif untuk filem berkenaan.

Marvel turut mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara berikut, seperti mana di bawah :

“Marvel Studios and Scott Derrickson have amicably parted ways on Doctor Strange in the Multiverse of Madness due to creative differences. We remain grateful to Scott for his contributions to the MCU.”

BERKAITAN: Sorotan Comic-Con: Filem Doctor Strange In the Multiverse of Madness Dijadualkan Untuk Tayangan Pada Mei 2021!

Menurut Variety lagi, pertukaran pengarah ini tidak akan mengganggu perancangan untuk filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, yang akan memulakan penggambaran pada Mei ini. Marvel Studios kini sedang giat mencari pengarah baru untuk menggantikan Derrickson.

Benedict Cumberbatch akan menyambung wataknya sebagai Doctor Stephen Strange, dengan pelakon lain seperti Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, dan Benedict Wong dijangka turut tampil menyambung watak-watak mereka dari filem terdahulu. Watak-watak lain seperti Scarlet Witch/ Wanda Maximoff (lakonan Elizabeth Olsen) turut disahkan akan tampil dalam filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan ditayangkan di pawagam pada 7 Mei 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post