Beberapa Gambar Set Filem MCU Terbaharu The Eternals Diperlihatkan 


Kini, penggambaran filem terbaharu MCU, iaitu The Eternals sedang giat dijalankan di UK. Dan setiap kali sesi penggambaran filem terbaharu, sudah semestinya ada pendedahan gambar-gambar terbaharu dari set penggambaran. Kini, beberapa set gambar di sebalik tabir pembikinan filem The Eternals telah dikongsikan secara dalam talian (dikongsikan oleh Evening Standard), menampilkan gambar-gambar terbaharu pelakon Kit Harrington (yang melakonkan watak Dane Whitman) bersama-sama Gemma Chan (melakonkan watak Sersi). Saksikan gambar-gambar tersebut melalui pautan di bawah :



BERKAITAN: Filem The Eternals Akan Memulakan Penggambaran Pada September 2019?

The Eternals berdasarkan kepada watak-watak rekaan Jack Kirby dalam komik dengan tajuk yang sama. The Eternals memperkenalkan watak golongan luar biasa, dikenali sebagai Eternals, dan lawan mereka, iaitu the Deviants. Dalam dunia komik Marvel, Thanos dan beberapa hidupan di planet Titan juga adalah merupakan dari golongan Eternals. Namun, tidak dapat dipastikan samada MCU akan mengekalkan kesinambungan kisah berkenaan dari komik.

Ketika acara CCXP 2019, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah mendedahkan beberapa perincian tentang filem The Eternals seperti jalan cerita dan juga watak-watak utamanya. Feige dipetik sebagai berkata :

“[The Eternals is] an epic that spans 7,000 years of human history, has cosmic connotations, and changes everything we know about the MCU. It’s ambitious, and takes…from present-day to Mesopotamia to all sorts of locations and time periods and really feels like nothing we’ve done before. We will see the Celestials in their full, true, enormous power in Eternals, yes, Deviants are in the film. The Deviants in the comic book mythology were…extremely important plans of the Celestials…and we will see Deviants that look unlike anything we’ve seen in the comics. This is a new form of Deviants that we’ll see in the movie.”

BERKAITAN: Pelakon Train To Busan Disenaraikan Sebagai Pelakon Dalam Filem Terbaharu Marvel Studios

Filem The Eternals menampilkan barisan pelakon hebat seperti pemenang Anugerah Academy Angelina Jolie (sebagai Thena) dan bintang siri TV Game of Thrones Richard Madden, (sebagai Ikaris). Turut membintangi filem berkenaan adalah Kumail Nanjiani (sebagai Kingo), Lauren Ridloff (sebagai Makkari), Brian Tyree Henry (sebagai Phastos, Salma Hayek (sebagai Ajak), Lia McHugh (sebagai Sprite), Don Lee (sebagai Gilgamesh), Gemma Chan sebagai Sersi, dan Kit Harrington (sebagai Dane Whitman/ Black Knight).

Filem The Eternals diarahkan oleh Chloe Zhao, dan akan ditayangkan di pawagam pada 6 November , 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post