Mungkinkah Ejen Smith Muncul Semula Dalam Filem The Matrix 4?

Watak Ejen Smith sememangnya watak antagonis yang menonjol dalam trilogi filem The Matrix. Sudah pastinya ramai peminat filem The Matrix yang menantikan kemunculan semula watak berkenaan dalam filem The Matrix 4. Namun kini, dalam satu temubual terbaharu, Hugo Weaving yang melakonkan watak berkenaan telah menyatakan yang beliau tidak akan menyambung kembali watak ikoniknya sebagai Ejen Smith dalam filem The Matrix 4.


Memetik kenyataan Weaving, beliau berkata :

“It’s unfortunate but actually, I had this offer and then the offer came from The Matrix, so I knew it was happening but I didn’t have dates. I thought could do both and it took eight weeks to work out that the dates would work — I held off on accepting. I was in touch with Lana Wachowski, but in the end, she decided that the dates weren’t going to work. So we’d sorted the dates and then she sort of changed her mind. They’re pushing on ahead without me".

BERKAITAN: Pelakon Filem Aquaman Akan Muncul Dalam Filem The Matrix 4?

Sebelum ini, ada juga dilaporkan yang sekiranya tiada masalah dari aspek jadual penggambaran, watak Merovingian (yang dilakonkan oleh Lambert Wilson) juga akan turut kembali dalam filem The Matrix 4. Sekiranya beliau muncul, ini bermakna Wilson akan menyertai barisan pelakon The Matrix asal seperti Keanu Reeves, Carrie-Anne Moss dan Jada Pinkett Smith, selain watak-watak baharu lakonan Jessica Henwick, Neil Patrick Harris, Toby Onwumere, dan Yahya Abdul-Mateen II, yang dikhabarkan akan melakonkan watak Morpheus semasa muda.

Produksi filem The Matrix 4 dijadualkan untuk bermula pada awal tahun ini, dan akan diarahkan oleh David Mitchell.

Tiga filem The Matrix terdahulu —The Matrix (1999), The Matrix Reloaded (2003) dan The Matrix Revolutions (2003)— mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak USD1.6 billion di seluruh dunia. Filem The Matrix Revolutions juga merupakan filem pertama yang ditayangkan serentak di negara-negara utama di seluruh dunia.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post