Selepas The Mandalorian, Taika Waititi Dikaitkan Dengan Projek Khas Filem Star Wars


Pengarah filem, Taika Waititi bukanlah nama asing dalam pengarahan sebelum ini, apabila 'menjenamakan semula' watak Thor dalam filem Thor: Ragnarok, menonjolkan sisi kelakar pelakonnya, Chris Hemsworth yang tak pernah ditampilkan sebelum ini. Kini, beliau dilaporkan bakal dipilih pula untuk projek terbaharu dunia Star Wars, selepas tampil menyiapkan projek musim terakhir untuk siri TV The Mandalorian yang ditayangkan di saluran penstriman Disney+.

Menurut laporan The Hollywood Reporter (THR), pengarah filem Thor: Ragnarok itu bakal terlibat dalam filem terbaharu berkait Star Wars. Walau bagaimanapun, masih belum diketahui apakah projek filem yang dimaksudkan. Tambah menarik, apabila Presiden Marvel Studios, Kevin Feige juga dilaporkan akan terlibat dengan satu projek khas berkait Star Wars!

BERKAITAN: Kevin Feige Akan Menerbitkan Filem Terbaharu Star Wars?

Selain Waititi, seorang lagi pengarah siri Mandalorian, iaitu Deborah Chow, turut dikaitkan dengan satu lagi siri untuk saluran Disney+, yang berlatarkan watak Obi-Wan Kenobi, dengan pelakon Ewan McGregor kembali menyambung wataknya sebagai mahaguru Jedi Obi-Wan Kenobi.

Jika beliau memang sah terlibat dengan projek Star Wars ini, bermakna pastinya akan lagi perubahan terhadap jadual kerjanya nanti. Waiti kini sedang memfokuskan kepada pengarahan filem Thor: Love and Thunder, menyebabkan beliau terpaksa menangguhkan filem adaptasi komik Akira. Beliau juga akan membuat penampilan dalan filem arahan James Gunn, The Suicide Squad, dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2021.



KOMEN ANDA

Previous Post Next Post