James Gunn memberikan bayangan Rocket akan memainkan peranan lebih besar dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 3


Kebanyakan negara di dunia sudah mula mengeluarkan perintah kawalan pergerakan untuk membendung penularan wabak COVID-19. Disebabkan itu juga, permintaan terhadap saluran penstriman semakin meningkat di seluruh dunia. Para pembikin filem pula sudah mula berkongsikan maklumat terbaharu tentang filem-filem mereka di media sosial, yang sudah tentunya menggembirakan peminat-peminat filem. Tidak terkecuali, pengarah James Gunn menghantar beberapa tweet di laman Twitter peribadinya berkenaan filem terbaharunya, Guardians of the Galaxy Vol. 3


Ketika ditanya sama ada sejarah awal Rocket bakal dirungkai dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 3, Gunn membalas tweet berkenaan dengan berkata:

"I’ll just say Rocket is a big part of what’s happening in the future – and a lot of this stuff (like the scars we’re about to see on his back) sets up what I’ve been planning for Rocket all along."

Dalam komik, Rocket berasal dari sebuah planet dikenali sebagai Halfworld – sebuah koloni yang dikhususkan untuk pesakit mental yang diberikan seekor haiwan peliharaan yang telah diubahsuai secara genetik. Rocket bertindak sebagai sherif di Halfworld dan mempertahankannya dari pelbagai ancaman luar. Disebabkan eskperimen yang dilakukan ke atasnya, Rocket sukar mempercayai orang lain, dan hanya mempercayai ahli pasukan Guardians of the Galaxy sahaja yang dianggap sebagai keluarganya sendiri. 

Dalam filem, watak Rocket ditampilkan secara CGI dan Bradley Cooper bertindak sebagai pelakon suara.
 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post