Penggemar animasi Boboiboy pastinya amat teruja apabila melihat trailer terbaharu Mechamato dari Animonsta Studios



Akhirnya yang dinantikan telahpun tiba! Peminat animasi Boboiboy semestinya teruja apabila Animonsta buat pertama kalinya mendedahkan trailer khas pandang pertama siri animasi terbaharu mereka, bertajuk Mechamato. Saksikan trailer tersebut di bawah :


Selain itu, penayangan siri animasi Mechamato ini turut menyaksikan buat julung kalinya Animonsta Studios bekerjasama dengan syarikat pembuat barangan permainan dari Jepun, Bandai untuk menghasilkan lineup barangan ekslusif Mechamato.

Berbeza dengan BoBoiBoy, Mechamato menelusuri jalan cerita antara seorang kanak-kanak, bernama Amato, bersama robotnya yang dikenali sebagai MechaBot yang jatuh dari angkasa lepas dan mempunyai keupayaan berubah bentuk menjadi senjata yang diperlukan oleh pemiliknya di saat memerlukan. Untuk rekod, walaupun Boboiboy ditampilkan sebagai seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama datuknya, namun di penghujung filem Boboiboy Movie 2, telahpun didedahkan di mana Boboiboy mempunyai ayah yang bernama Amato!

Mechamato merupakan siri animasi yang mempunyai 104 episod, dan akan dilancarkan di beberapa negara termasuk di Malaysia tidak lama lagi.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post