Dwayne Johnson Mengesahkan Penundaan Penggambaran Filem Black Adam


Dalam Instagram Live baru-baru ini, pelakon Dwayne Johnsontelah ditanya oleh portal BroBible tentang perkembangan terbaharu filem Black Adam yang telah tertangguh sejak sekian lama. Filem berkenaan pada awalnya dijangka akan memulakan proses produksi pada Julai ini, namun dengan situasi penularan wabak COVID-19 sekarang menyebabkan kebanyakan filem dan studio perfileman mengumumkan penangguhan tayangan dan penggambaran filem-filem mereka. 


Kini, Johnson telah mengesahkan secara rasmi yang filem Black Adam turut terkesan dengan wabak COVID-19, dan penggambarannya akan ditangguhkan sehingga penghujung musim panas nanti. Walau bagaimanapun, masih belum dinyatakan samada penangguhan ini akan turut memberi kesan terhadap tarikh tayangan filem Black Adam, yang dijadualkan pada 22 Disember 2021. Saksikan sedutan Instagram Live Johnson yang menyebut berkaitan penundaan filem Black Adam di bawah!



Sebagai rekod, Dwayne Johnson telah terlibat dalam penghasilan filem Black Adam sejak 10 tahun lalu. Pada mulanya, watak berkenaan dikatakan akan muncul dalam filem Shazam! pada tahun lepas, namun akhirnya harapan tersebut tidak kesampaian. Walaupun tidak tampil dalam filem Shazam!,watak Black Adam ada diberikan bayangan oleh ahli sihir Shazam (lakonan Djimon Hounsou yang menceritakan asal usul watak Black Adam kepada Billy Batson.


Watak Black Adam berdasarkan komik DC yang diilhamkan oleh Otto Binder dan C.C. Beck, dan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra. Johnson akan melakonkan watak utama sebagai Black Adam

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post