Filem Black Adam Dijadualkan Untuk Tayangan Pada Disember 2021

Dwayne Johnson telah lama dikaitkan dengan watak utama dalam filem Black Adam, namun filem berkenaan masih tidak dihasilkan. Malah, ketika penghasilan filem Shazam dan akhirnya ditayangkan, kelibat watak Black Adam yang dijangka melakukan cameo dalam filem berkenaan juga tidak kelihatan. Kini, akhirnya impian itu bakal menjadi kenyataan. Ini kerana Johnson sendiri telah mengumumkan yang beliau akan melakonkan watak superhero (atau ada sesetengah memanggilnya anti-hero) di layar perak dalam filem Black Adam yang dijadualkan untuk tayangan pada 22 Disember 2021!


BERKAITAN : Dwayne Johnson Akan Membawakan Watak Black Adam Dalam Filem Shazam!

Bulan lepas, Johnson telah mengumumkan yang penggambaran filem Black Adam akan bermula pada bulan Julai tahun hadapan. Jaume Collet-Serra akan bertindak sebagai pengarah, Johnson pada awalnya telah dipilih sebagai pelakon watak Black Adam sejak tahun 2014 lagi, dan pada awalnya disenaraikan untuk muncul sebagai watak penjahat utama dalam filem Shazam, sebelum pihak studio penerbitan merasakan watak berkenaan lebih kuat jika dijadikan filem solo sendiri.

Filem Black Adam pasti bakal berdepan dengan saingan sengit apabila ditayangkan di pawagam nanti. Filem berkenaan akan ditayangkan kurang seminggu selepas tarikh tayangan filem Avatar 2 yang dijadualkan tayangan pada 17 Disember 2021opens on December 17.

Selain Black Adam, terdapat 2 lagi filem DC yang dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2021, iaitu filem The Batman yang dijadualkan untuk tayangan 25 Jun 2021, dan filem The Suicide Squad yang dijadualkan untuk tayangan pada 6 Ogos 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post