Gambar Pandang Pertama Dari Siri Animasi Fast & Furious: Spy Racers


Hentikan sementara polemik penapisan kandungan Netflix yang heboh diperkatakan susulan kenyataan CEO FINAS, Ahmad Idham baru-baru ini, kerana baharu sahaja diumumkan yang yang siri animasi bertajuk Fast & Furious: Spy Racers, akan boleh distrim melalui Netflix bermula 26 Disember ini. Berdasarkan siri filem terkenal Fast & Furious terbitan Universal Pictures yang kini telahpun mempunyai 8 filem, siri animasi itu akan menampilkan pelakon suara seperti Tyler Posey (Teen Wolf) dan Camille Ramsey (American Vandal) di samping turut menampilkan Similce Diesel, anak sulung pelakon utama francais itu yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif, Vin Diesel, Saksikan gambar-gambar dari siri animasi tersebut di bawah :




Fast & Furious: Spy Racers mengisahkan tentang watak seorang remaja, Tony Toretto yang cuba mengikut jejak sepupunya Dom, apabila beliau dan rakan-rakan tiba-tiba direkrut oleh sebuah organisasi rahsia kerajaan untuk menyelinap masuk ke dalam satu liga perlumbaan elit yang merupakan helah organisasi penjenayah dikenali sebagai SH1FT3R.



Fast & Furious: Spy Racers merupakan siri animasi di mana Vin Diesel, Neal H. Moritz dan Chris Morgan bertindak sebagai peneribit eksekutif, dan diterbitkan secara bersama dengan Netflix, Universal dan DreamWorks Animation.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post