SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Friday, November 22, 2019

Pengarah Filem Star Trek 4 Diumumkan Secara Rasmi

Akhirnya, Pengarah Filem Star Trek 4 Diumumkan Secara Rasmi

Akhirnya, studio perfileman Paramount telah berjaya menemukan calon paling sesuai untuk mengarahkan filem terbaharu Star Trek. Laporan yang dibawakan oleh The Hollywood Reporter (THR) telah melaporkan yang Noah Hawley telah dipilih untuk mengarahkan filem Star Trek 4.


Hawley sebelum ini dikenali dengan hasilnya kerjanya di kaca TV seperti Fargo, Legion dan Lucy in the Sky. Beliau juga sebelum ini dikaitkan dengan filem solo Doctor Doom oleh studio 20th Century Fox, sebelum diambil alih oleh Disney.

Menurut laporan THR lagi, filem Star Trek 4 dijangka menampilkan semula Chris Pine sebagai James Kirk, Zachary Quinto sebagai Spock, dan Zoe Saldana sebagai Uhura. THR juga melaporkan yang filem terbaharu ini adalah "berasingan" dari filem Star Trek film yang dikatakan akan diarahkan oleh Quentin Tarantino.

Kali terakhir watak Kapten Kirk dan kru kapal angkasanya muncul di layar perak adalah dalam filem Star Trek Beyond yang diarahkan oleh Justin Lin pada tahun 2016.

No comments:

Post a Comment