Poster Rasmi Acara Crisis On Infinite Earths Menampilkan 18 Watak Utama Siri TV Terbitan The CW

The CW telah mendedahkan poster rasmi acara crossover Crisis on Infinite Earths untuk siri TV terbitan mereka. Acara crossover yang dimulakan dengan siri TV Arrow pada 2012, The CW berjaya menampilkan dunia superhero DC di layar TV, memandangkan percubaan untuk bersaing dengan MCU di layar perak kelihatannya tidak berjaya. Hasil dari siri TV Arrow berkenaan juga, beberapa siri TV lain seperti The Flash, Legends of Tomorrow, Supergirl, Batwoman dan Black Lightning juga berjaya dihasilkan oleh saluran berkenaan.


Crisis on Infinite Earths bukanlah sesuatu yang asing untuk peminat komik DC, kerana ia merupakan adaptasi satu jalan cerita komik yang terkenal. Buat pertama kalinya juga, watak-watak dari siri TV Black Ligtning dan juga siri yang pernah popular suatu masa dulu, Smallville untuk tampil dalam acara crossover tersebut.
Crisis on Infinite Earths akan memfokuskan kepada 5 siri TV utama The CW, iaitu Arrow, The Flash, DC's Legends of Tomorrow, Supergirl, dan Batwoman. Watak terbaru yang akan ditampilkan adalah versi alternate universe watak-watak dari siri TV berkenaan, seperti Superman dari versi Kingdom Come (di mana Brandon Routh, yang membawakan watak The Atom dalam Legends of Tomorrow - kembali melakonkan watak Superman yang dilakonkan sebelum ini dalam filem Superman Returns) dan juga pelakon suara legenda Batman, Kevin Conroy. 

Poster Crisis on Infinite Earths menampilkan 18 watak utama dari siri TV terbitan The CW berkenaan, dari siri Supergirl (Alex Danvers, J'onn J'onzz, Lex Luthor, Lois Lane, Superman, dan Kara), Arrow (Oliver Queen), DC's Legend of Tomorrow (Sara Lance, Mick Rory, John Constantine), The Flash (Iris West, Cisco Ramon, Jay Garrick, dan Barry Allen), Batwoman (Kate Kane), dan Black Lightning (Jefferson Pierce). 

Memandangkan siri Arrow akan ditamatkan selepas acara crossover ini, kemungkinan ini merupakan kali terakhir peminat akan dapat melihat Oliver Queen beraksi bersama superhero lainnya.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post