Filem Biopik Michael Jackson Akan Diterbitkan Oleh Penerbit Filem Bohemian Rhapsody

Filem Bohemian Rhapsody berlatarkan Freddie Mercury dan kumpulan muziknya, Queen mencatatkan kutipan yang tidak kurang hebatnya – USD900 juta keseluruhannya, dan melayakkan pelakon utamanya, Rami Malek mendapat Anugerah Oscar. Kini penerbit filem tersebut, Graham King merancang untuk mengulangi kejayaan filem Bohemian Rhapsody, dengan menerbitkan filem biopik Michael Jackson pula.


John Logan dilaporkan akan memperhalusi skrip filem biopik tersebut, sebelum proses penggambaran dimulakan. Masih belum ada lagi pengumuman tentang barisan pelakon mahupun pengarah untuk filem biopik tersebut.

Usaha untuk menghasilkan filem biopik Michael Jackson pastinya agak berisiko kerana perlu menangani beberapa isu dalam kehidupan Jackson, seperti perjalanan traumatiknya dalam mengecap kegemilangan, pencapaian dalam bidak muzik, sehinggalah kepada tuduhan menyatakan beliau terlibat dengan aktiviti tidak bermoral bersama kanak-kanak yang diraikannya di kediamannya yang dikenali dengan gelaran Neverland.

Michael Jackson meninggal dunia pada tahun 2009 ketika berumur 50 tahun.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post