Lagu Tema Ejen Ali The Movie Bertajuk #KitaJagaKita - 2 Hari Sahaja Lagi Sebelum Ditayangkan

Siri animasi tempatan berlatarkan watak seorang kanak-kanak sekolah yang bertukar menjadi ejen rahsia secara tidak sengaja, iaitu Ejen Ali, bakal tampil dalam bentuk filem pula tidak lama lagi. Ejen Ali The Movie: Misi Neo merupakan kesinambungan siri animasi Ejen Ali yang telahpun memasuki musim kedua, dan filem pertama yang diterbitkan oleh WAU Animation dan diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin.


Lagu tema kedua filem berkenaan, bertajuk Kita Jaga Kita merupakan antara lagi rasmi album runut bunyi filem Ejen Ali The Movie: Misi Neo. Klip video lagu Kita Jaga Kita telah boleh ditonton di Youtube, selain boleh distrim di saluran Apple iTunes, Spotify, JOOX lain-lain lagi. Saksikan klip video lagu Kita Jaga Kita di bawah : 




BERKAITAN: Saksikan Trailer Kedua Filem Ejen Ali The Movie - Bakal Ditayangkan November Ini

Komposer lagu Kita Jaga Kita adalah Cuurley, dan dinyanyikan oleh Malik Abdullah, Altimet dan Cuurley. Altimet turut bertindak sebagai penulis lirik bersama-sama Bo Amir Iqram, dan dirakamkan di studio Monster Village.

Lagu ini juga telah mula menjadi siulan anak-anak yang meminati siri TV Ejen Ali, apatah lagi lagu ini merupakan lagu yang mengiringi trailer yang ditayangkan di kaca TV. Sudah tentunya dengan tayangan semasa musim cuti sekolah, akan menyebabkan pawagam bakal dipenuhi dengan kanak-kanak yang ingin mengetahui kisah terbaharu pengembaraan dunia seorang ejen cilik bernama Ali dan rakan-rakannya.

Jangan lupa menyaksikan filem Ejen Ali The Movie: Misi Neo di pawagam berhampiran anda nanti!

#KitaJagaKita

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post