SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Wednesday, November 27, 2019

Tarikh Tayangan Filem Godzilla vs Kong Ditunda Ke November 2020

Tarikh Tayangan Filem Godzilla vs Kong Ditunda Ke November 2020

Peminat filem-filem bertema raksasa sudah lama menantikan penghasilan filem Godzilla vs. Kong, tetapi laporan terbaharu kini menyatakan yang mereka terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk menyaksikan kedua-dua watak raksasa terkenal itu ditampilkan bersama di layar perak. Menurut laporan The Hollywood Reporter (THR), Warner Bros. dan Legendary telah menunda tarikh tayangan filem Godzilla vs. Kong, dengan tarikh baru tayangan filem berkenaan adalah pada 20 November 2020.


BERKAITAN: Produksi Filem Godzilla vs. Kong Bermula!

Sebelum ini, filem paling baharu dalam senarai filem bertemakan raksasa terbitan studio perfileman Legendary adalah filem Godzilla: King of the Monsters yang ditayangkan pada Mei 2019 lalu. Walau bagaimanapun filem berkenaan hanya mencatatkan kutipan sebanyak USD385.9 juta berbanding kos pembikinan yang dianggarkan mencecah USD200 juta. Tahun depan, Godzilla dan King Kong akan bersaing dengan filem terbitan Marvel Studios, The Eternals (yang akan ditayangkan pada 6 November 2020).

Adam Wingard akan mengarahkan filem Godzilla vs. Kong, yang merupakan kesinambungan dari filem Godzilla: King of the Monsters dan Kong: Skull Island. Filem berkenaan telah memulakan penggambaran pada November lalu, dan telah menamatkan penggambaran pada April 2019.

No comments:

Post a Comment