Ultraman Akan Muncul Dalam Komik Marvel Pada Tahun 2020

Watak Ultraman sememangnya sinonim dengan negara Jepun. Semenjak 1966, Ultraman dianggap sebagai salah satu ikon negara Jepun, malah ada yang menganggapnya sebagai superhero Jepun. Selama lebih 50 tahun juga, watak Ultraman dijelmakan dalam pelbagai versi, baik di kaca TV, filem, animasi, manga dan permainan video. Kini, Ultraman akan muncul di panel komik Marvel pada tahun hadapan!


Kini, seperti mana dilaporkan oleh Marvel.com, Tsuburaya Productions dan Marvel akan bekerjasama untuk menerbitkan komik dan novel grafik Ultraman. Pengumuman tersebut menyatakan komik terbaharu itu akan "mengembangkan lagi era ikonik watak Ultraman melalui gaya penceritaan komik Marvel".

Memetik kenyataan Ketua Penyunting Marvel, C.B. Cebulski pula : 

“Ultraman has brought together some of the most passionate fandoms in pop culture today, and we can’t wait to bring his story to even more fans around the globe. Like Marvel, Ultraman captivated generations by telling spectacular stories grounded in the real world, and it continues to be a beloved classic through its television shows, movies, toys, games, comics, and more. We are so thrilled to introduce new chapters to the Ultraman Multiverse next year.”

CEO Tsuburaya Production,  Takayuki Tsukagoshi juga dilaporkan teruja dengan kemunculan watak Ultraman dalam panel komik Marvel. Beliau dipetik sebagai berkata :

“We can’t be more excited to explore and create new stories for the Ultraman franchise with Marvel and bringing them to both Marvel and Ultraman fans all around the world.”

Buat masa ini, masih belum ada pengumuman tentang pasukan kreatif yang akan ditugaskan untuk siri Ultraman di komik Marvel ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post