Seorang Lagi Pelakon Filem MCU Disahkan Bakal Tampil Dalam Filem Mission: Impossible 7 Dan 8
Pengarah filem Mission: Impossible, Christopher McQuarrie telah berkongsikan di laman sosial miliknya tentang pengumuman filem Mission: Impossible terbaharu.
"How do you say femme fatale in French?" soalnya di media sosial, sambil merujuk kepada pendatang baru filem Mission: Imposibble, iaitu aktres kelahiran Perancis-Korea, Pom Klementieff.
Aktres berusia 33 tahun itu sebelum ini dikenali apabila melakonkan watak Mantis dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU). Beliau turut berkongsikan berita berkenaan di laman Instagram miliknya seperti di bawah :
Memandangkan masih terlalu sedikit maklumat berkaitan filem-filem terbaharu Mission: Impossible, Klementieff dilaporkan akan muncul dalam filem Mission: Impossible 7 dan Mission: Impossible 8, filem terbaharu dalam francais filem Mission: Impossible yang dilaporkan akan menjalani proses penggambaran secara bersambung. Walau bagaimanapun, watak yang akan dilakonkan oleh Klementieff masih belum diumumkan.
Aktres berkenaan kini menyertai seorang lagi pelakon dari filem MCU, Hayley Atwell (yang melakonkan watak ejen Peggy Carter), yang mengesahkan akan muncul dalam francais Mission: Impossible seawal September lalu.
Friday, November 29, 2019
Home
filem aksi
Filem antarabangsa
Mission Impossible
SembangFilem
Seorang Lagi Pelakon Filem MCU Disahkan Bakal Tampil Dalam Filem Mission: Impossible 7 Dan 8
Seorang Lagi Pelakon Filem MCU Disahkan Bakal Tampil Dalam Filem Mission: Impossible 7 Dan 8
Tags
filem aksi#
Filem antarabangsa#
Mission Impossible#
SembangFilem#
Share This
About Faizal Anuar
SembangFilem
Marcadores:
filem aksi,
Filem antarabangsa,
Mission Impossible,
SembangFilem
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tentang Penulis
Penulis SembangFilem, telah mula menulis blog sejak tahun 2009. Menjadikan blog sebagai medium untuk berekspresi, kini berkongsi berita filem dari dalam dan luar negara untuk bacaan umum
No comments:
Post a Comment