Walaupun hanya dua minggu lalu sahaja Dwayne 'The Rock' Johnson menyatakan yang dia berbelah bagi untuk memilih samada akan membawakan watak utama Shazam Black Adam, hari ini pelakon berkenaan mendedahkan di laman Twitter miliknya yang dia akan membawakan watak Black Adam dalam filem berkenaan. Walaupun begitu, masih belum ada maklumat lanjut tentang filem Shazam berkenaan, termasuklah pengarah, skrip mahupun tarikh tayangannya.


Asalnya Teth-Adam of Kahndaq, watak berkenaan mula muncul dalam komik Marvel Family #1 pada 1945 dan bertukar-tukar peranan daripada penjahat kepada anti-hero sepanjang sejarah penerbitannya.

Walaupun kami sendiri tidak berapa kenal dengan watak ini mahupun Shazam, sudah tentunya sesuatu yang menarik apabila Dwayne Johnson membawakan watak anti-hero ini nanti.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post