Akibat COVID-19, filem aksi komedi terbaharu Bautista, My Spy akan terus ke saluran penstriman


Akibat penularan wabak COVID-19, filem terbaharu lakonan ahli gusti Dave Bautista (Guardians of the Galaxy, Avengers: Endgame), bertajuk My Spy yang pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 13 Mei untuk tayangan di Amerika Syarikat telahpun ditunda kepada 17 April 2020.


Walau bagaimanapun, laporan terbaharu oleh Deadline menyatakan yang filem aksi komedi itu tidak akan ditayangkan di pawagam, sebaliknya akan terus ditayangkan ke saluran penstriman Amazon Prime. Namun, tarikh tayangan filem My Spy di saluran penstriman itu masih belum didedahkan. 

Pada bulan lalu, penundaan tayangan filem My Spy di Amerika Syarikat turut memberi kesan terhadap tarikh tayangan di tempat lain – kecuali UK yang telah menayangkan filem berkenaan pada 13 Mac dan Singapure pada 12 Mac – sebelum hampir kesemua pawagam di seluruh dunia mengumumkan penutupan operasi untuk membendung penularan wabak COVID-19. 

Sebelum penutupan tersebut, My Spy berjaya mengutip USD3.1 juta di box office di pasaran Australia, dan kini mencatatkan kutipan terkumpul sebanyak USD4.4 juta. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut kecil jika dibandingkan dengan bajet sebanyak USD18 juta untuk penghasilan filem berkenaan. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post