iflix merupakan alternatif kepada saluran penstriman terkemuka Netflix, dan memfokuskan kepada pengisian tempatan dan di Asia Tenggara


Penularan wabak COVID-19 meninggalkan impak yang bukan sedikit terhadap ramai orang di seluruh dunia. Industri perfileman juga tidak terkecuali menerima kesannya. Dan kini, satu lagi industri telah mula menerima kesannya; iaitu saluran penstriman.


iflix, yang merupakan antara saluran penstriman popular dan beribu pejabat di Malaysia, telah mengesahkan yang mereka akan mengurangkan tenaga kerja mereka akibat tekanan pasaran. Syarikat tersebut turut berdepan dengan beban pembayaran hutang yang tidak dinyatakan jumlahnya. 

Laporan oleh Variety menyatakan yang iflix akan memberhentikan seramai hampir 50 orang, namun tidak menyatakan berapakah jumlah yang akan terlibat secara spesifik. 

CEO iflix, Marc Barnett menyatakan dalam satu kenyataan yang berbunyi : 

“The industry is not immune to these unprecedented circumstances. Our decision to reduce the company’s headcount has come after careful consideration and in conjunction with other cost-cutting measures, to enable the company to endure this indefinite and uncertain period. We remain focused on driving the business through to breakeven in 2021 and these steps are part of ensuring we remain on that path and can navigate the current challenges. We are naturally doing all we can to support the staff affected both professionally and personally.”

Untuk rekod, iflix boleh didapati di 13 buah negara (termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand) dan juga di negara-negara Timur Tengah.  

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post