Akibat penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pawagam akan ditutup lebih lama


Cinema Online melaporkan The Malaysian Association of Film Exhibitors (MAFE) telah mengumumkan yang pawagam di negara ini akan terus ditutup sehingga penghujung April. Keputusan ini dibuat akibat penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia yang telah diumumkan sehingga 14 April 2020.


Dikhabarkan ahli-ahli MAFE yang telah mengesahkan penglibatan mereka dalam penutupan tersebut adalah Golden Screen Cinemas Sdn Bhd, Berjaya-GSC Sdn Bhd, TGV Cinemas Sdn Bhd, MM2 Screen Management Sdn Bhd (mmCineplexes) dan Lotus Five Star Cinemas (M) Sdn Bhd. Walau bagaimanapun, MBO Cinemas sahaja yang masih belum nengesahkan pelanjutan penutupan premis mereka. 

Pawagam tempatan lain seperti Paragon, Emperor, Bona Cinemas, Max Cinemas dan lain-lain juga masih belum mengesahkan penglibatan mereka dalam penutupan itu. 

Penutupan sementara itu berlaku serentak di seluruh Malaysia sejak 18 Mac lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan PKP) yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membendung penularan wabak COVID-19.  

Selain Malaysia, negara seperti Thailand, Indonesia, Kemboja, Filipina, Vietnam, Myanmar dan Singapura juga telah mengumumkan penutupan pawagam di negara mereka untuk mengelakkan perkumpulan awam yang akhirnya boleh menyebabkan penularan wabak COVID-19.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post