Filem Daulat mengisahkan pergolakan politik di negara kita dengan latar penceritaan yang tersangat dekat dengan realiti sebenar.


Setelah sekian lama menanti, kini peminat filem boleh menonton filem Daulat di saluran penstriman iflix pada Isnin lalu. Filem Daulat mengisahkan tentang pergolakan politik di negara kita dengan latar penceritaan dan watak-watak yang tersangat dekat dengan realiti sebenar.


Kami juga baharu sahaja menonton Daulat di saluran iflix malam tadi, dan nyata ianya tidak mengecewakan. Dibarisi pelakon hebat seperti Tony Eusoff, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Christina Suzanne, Zul Zamir dan Jasmine Suraya, rata-rata peminat memberikan ulasan positif terhadap filem tersebut. 

Dan terbaharu, di laman Twitter rasmi Daulat, pasukan produksi mengesahkan yang mereka kini sedang menyediakan idea dan lakon layar untuk sambungan terhadap filem Daulat, dengan tanda pagar #Daulat2 telah mula menjadi tular di Twitter.  

Arahan pertama oleh Imran Sheik (yang sebelum ini mengarahkan drama bersiri Jibril), Daulat dihasilkan dengan bajet sebanyak RM500 ribu sahaja, tetapi hasil sinematografinya mendapat pujian ramai.

Untuk sesiapa yang belum menontonnya, filem Daulat boleh ditonton melalui saluran penstriman iflix secara ekslusif selama 6 bulan. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post