Netflix telah memperlihatkan trailer filem aksi terbaharu mereka bertajuk Extraction yang diterbitkan oleh adik-beradik Russo.



Netflix telah memperlihatkan trailer filem aksi terbaharu mereka bertajuk Extraction, menampilkan Chris Hemworth (melakonkan watak Tyler Rake) yang cuba menyelamatkan anak seorang ketua penjenayah antarabangsa yang telah menjadi mangsa penculikan Saksikan trailer filem Extraction di bawah :


Sinopsis filem Extraction lakonan Chris Hemsworth adalah seperti berikut :

"Extraction (formerly titled as Dhaka) takes place in an underworld of weapons dealers and traffickers, and follows a young boy becomes the pawn in a war between notorious drug lords. After being trapped by kidnappers inside one of the world’s most impenetrable cities, his rescue beckons the unparalleled skill of a mercenary named Tyler Rake. But Rake is a broken man with nothing to lose, harboring a death wish that makes an already deadly mission near impossible."

Barisan pelakon hebat yang membintangi filem Extraction adalah seperti Chris Hemsworth (Thor: Ragnarok), David Harbour (Stranger Things, Black Widow), Derek Luke (13 Reasons Why) dan Fay Masterson (Vice). 

Extraction diterbitkan oleh pengarah Avengers: Endgame, Anthony dan Joe Russo bersama-sama Hemsworth, Mike Larocca dan Eric Gitter.

Extraction diarahkan oleh Sam Hargrave dan boleh mula distrim melalui aplikasi Netflix bermula 24 April 2020. 

Post a Comment

Previous Post Next Post