Disney telah mengumumkan beberapa perubahan terhadap senarai tarikh tayangan filem-filem akan datang mereka akibat penularan COVID-19, termasuklah tarikh tayangan filem Jungle Cruise.


Selain filem Mulan dan Black Widow, penundaan itu menyebabkan tarikh tayangan Jungle Cruise juga telah dipinda kepada 30 Julai 2021. Sebelum ini, anak syarikat naungan Disney iaitu Marvel Studios juga turut mengumumkan penundaan tarikh tayangan filem-filem mereka seperti Black Widow, The Eternals, Shang-Chi and the Legend of the Rings dan Thor: Love And Thunder.


Filem Jungle Cruise merupakan filem bercorak pengembaraan menampilkan pelakon hebat seperti Dwayne Johnson (yang melakonkan watak kapten bot bernama Frank Wolff) dan Emily Blunt (melakonkan watak penyelidik bernama Dr. Lily Houghton). Saksikan trailer filem Jungle Cruise di bawah :


Lily menjelajah dari London, England ke hutan Amazon dan menggunakan khidmat Frank untuk membantunya mencari sebatang pokok ajaib yang dikatakan mempunyai kuasa penyembuhan yang hebat. Dalam penjelajahan tersebut, kedua-duanya berhadapan dengan pelbagai marabahaya dan ancaman luar biasa yang berada di hutan berkenaan. 

Filem Jungle Cruise turut dibintangi oleh Edgar Ramirez, Jack Whitehall, Jesse Plemons dan Paul Giamatti dan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post